September 13, 2009

WOW! New Template and Design!




'THE BLUE SKY'
Template ini diberi nama ‘The Blue Sky’ kerana warna asasnya adalah warna biru. Template asalnya adalah ‘The Yellow Face’ yang telah di ‘redesigned’ oleh saudara Mohd Nasir Morni sesuai dengan kehendak hatinya bukan kehendak empunya blog. (He!he!he!)

Apakah yang telah diubah untuk template ini?


GRAPHIC HEADER
Pertamanya, graphic headernya yang menggunakan format ‘png' sama dengan graphic header asal. Semuanya dibuat sendiri dan tidak ada cedok dari mana-mana design header yang ada di dalam dunia ni.

Saiz graphic header tersebut adalah 900x180 px (pixels). Macam mana nak tahu saiz header ni?

Caranya mudah sahaja. Mula-mula buka template asal blog dalam browser. Kemudian letakkan cursor pada bahagian header, selepas itu right-click>properties.

Akan keluar element properties yang akan memberikan maklumat tentang graphic header blog. Dari situ kita akan tahu saiznya. Atau pun boleh juga kalau save background as untuk jadi rujukan semasa mengedit gambar nanti.

Selepas kita tahu saiz graphic header template yang kita suka, maka bolehlah kita mula men-design graphic header kita sendiri.

Saya telah gunakan Macromedia Firework untuk membuat header ni. Asalnya, saya mahu membuat graphic header dengan format animated gif. tetapi apabila di upload, tak menjadi pulak.

Kalau nak tau lebih lanjut macam mana nak buat animated gif , glass effect on graphic(macam logo firework di atas) dan macam-macam lagi dengan menggunakan perisian ini, bolehlah dicari di youtube atau mana-mana tutorial yang ada di internet.

BIRU LANGIT
Modikasi kedua yang telah saya ubah adalah warna asas template ini.

Warna asal template ini adalah warna kuning-emas yang kemudiannya ditukar menjadi warna biru-langit (warna fevered Nasir).

Perisian yang telah saya gunakan adalah Macromedia Dreamweaver. Lebih mudah sekiranya kita menggunakan perisian XML editor yang khas untuk menguruskan format xml seperti perisian XML Spy Editor, XML Fox dan sebagainya.

Jika kita manggunakan perisian khas ini, maka kita tidak menghadapi masalah untuk mem-preview hasil eidtting kita di browser. Localhost untuk xml adalah berbeza sama sekali dengan localhost yang dijana oleh perisian yang biasanya digunakan oleh periasian untuk membina laman web seperti Macromedia Dreamweaver.

Jadi saya telah dengan sabarnya mengedit kod XML template ini di Macromedia Dreamwaver then menguploadnya di internet beberapa kali untuk melihat hasilnya.

Maka inilah hasilnya….

BUTTON
Saya pun tak tahu nak letak dekat mana. Selepas google di internet maka ditambah dua bahagian yang mengunakan button link sebagai navigation menu pada header blog.

Ada banyak cara nak tambah navigation menu link ni. Kena pandai cari di internet.

Itu sahaja. Harap anda suka design blog yang saya edit ni…


0 comments:

Post a Comment